Pengenalan

Posted by WEALTHY EMPIRE MANAGEMENT SDN. BHD. on 0 comments


Sektor pemprosesan makanan menyumbang kira-kira 10 peratus kepada keluaran perkilangan Malaysia.  Makanan diproses dieksport ke lebih 80 negara, dengan eksport tahunan bernilai lebih RM6 bilion yang mewakili dua pertiga daripada keseluruhan eksport makanan bernilai lebih RM10 bilion. Sungguhpun eksport sektor ini telah meningkat dua kali ganda sepanjang sepuluh tahun lalu, Malaysia terus menjadi pengimport bersih produk makanan dengan import tahunan lebih  RM15 bilion.

Dengan gaya hidup yang berubah, makanan mudahsedia terus menjadi satu trend.  Di Malaysia, pengilang-pengilang makanan sedang memperkenalkan makanan-makanan mudahsedia baru dengan resipi selera Asia untuk memenuhi minat yang kian bertambah bagi makanan etnik.  Makanan mudahsedia yang dikeluarkan di Malaysia adalah dalam bentuk dingin beku, sedia dimasak, sedia dimakan dan sedia diminum.

Oleh yang demikian Sambal Qastury yang dikategorikan sebagai makanan mudahsedia dan bahan perasa makanan dijangka akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada 2 tahun yang akan datang pihak syarikat menjangkakan Sambal Qastury akan menjadi antara penyumbang kecil dalam industri produk makanan  dan berjaya menembusi pasaran luar negara dan mendapat tempat di seluruh negara

Sambal Qastury adalah satu-satunya sambal cili padi berperisa yang dikeluarkan di daerah Tawau, Sabah. Setelah 6 bulan beroperasi , pihak syarikat telah mendapat sambutan yang diluarjangkaan terutama di sekitar Kota Kinabalu mahupun di daerah Tawau sendiri. Pada suku ketiga tahun 2010 jualan telah meningkat sebanyak 300%.